Isnin, 8 Disember 2014





Lewat senja yang mengundang 

duka dalam lara...

saat mata basah dengan untaian mutiara
damai jiwa yang semakin hilang
seiring perginya waktu

lemah dan kaku 
tunduk dan bisu 

tapi mentari tetap tersenyum
menghadirkan pagi dengan cerita-cerita baru

seusai gerimis yang melenyapkan bayangan lara
semakin menjauh di bawa kabus senja
kisah itu biar jadi kenangan 
tersimpan dalam pelukan masa

tinggallah duka pergilah lara....

Khamis, 19 Julai 2012

Sang Bidadari Kecil

   

Dia mula belajar bertatih
kaki kecilnya melangkah gemalai
Bagai sedang menari di dalam hujan...

Kurang sabar..jatuh terduduk, 

Namun dia bangkit semula....
Cekal betul semangat jiwa kecil itu...


Dia senyum melirik bunda....
Jernih matanya mendamai lara


Saat yang lain didakap ayahanda...

dia tak sempat bermanja..



Bidadari kecilku...


hatimu tak pernah kosong 
Bunda baluti jiwamu dengan


limpahan sayang..

Lenalah dikau dalam pelukan

Bersama selimut kasih Ilahi

                                                         
Moga kita temu kebahagian......

Ramadhan kedua tanpa Ayahanda

Bermulanya Ramadhan yang dinanti....syukur kehadrat Ilahi kerana aku masih dapat menghirup segarnya udara Ramadhan yang bakal menghampiri lewat Sabtu ini. Bersederhana saja nampaknya kami tahun ni, tahun kedua tanpa Abah bersama kami, betapa aku rindukan Abah...sampaikan sedekah Al Fatihah ku ini...Ya Allah pada Abah tempatkan rohnya disamping mereka yang kau sayangi....

Rabu, 13 Januari 2010

Teori atau cara Pemikiran


Semakin membesar dia, semakin banyak soalan yang ditanya...kadang kala bosan jugak aku nak menjawab...

Harraz : "Mummy uat(buat) apa tu?.."

Aku : "Masak la nanti Abang ngan Adik nak makan."

Harraz : "ok"

2 minit lepas tu...

Harraz : "Mummy uat(buat) apa tu..?"

Aku : "Basuh baju nanti Abang nak pakai..."

Harraz "ok.."


Tak sampai 2 minit...

Harraz : "Mummy uat(buat) apa tu?"

Aku : "Buat Bodo...(dengan muka selambe aku...)"
Harraz : "Eiiii..Mummy ni...!! (sambil lari masuk ke bilik dia..)"

Dalam hati aku..."tak penat ke budak ni tanya aku benda yg sama....."

Tapi satu malam tu...aku tengah tengok AJL sorang2 kat Living..Rania tido dlm buai....

tiba2 Harraz datang dari biliknya sambil membawa 2-3 patung ultraman yg baru aku beli kat Giant siang tadi...

Harraz : "Daddy tu ayat(jahat).." (sambil main dgn ultraman)

Aku tanya knapa....

Harraz : Tak una(guna)..."

Aku makin pelik..."knape Abg cakap camtu"...tanye aku balik

Harraz :*&&&&&&^^%$$%$%.....tut....!W&^!*&W^!&W^^%%%%...tut....*(**&^^^%^%

lagi la aku tak faham.......

Abis je AJL, aku ajak Harraz masuk bilik tido...muka dia masam....sebab aku tak layan dia...
masa dia dah tido otak aku ligat berfikir...

Pada teori aku la mungkin dia nak cakap...Daddy tu jahat..tak guna takde masa main ngan abg, pegi keje pagi balik malam abg dah tido...cuti pun takde..Abg rindu..abg nak seronok2 main ngan Daddy.....mungkin banyak lagi yg cuba Harraz perkatakan tapi kemampuan aku utk memahami hanya setakat itu je....

Mungkin juga teori Harraz lain...atau aku sendiri yg merasa sama mcm yg aku tulis....





























Jumaat, 16 Oktober 2009

Jumaat, 5 Disember 2008

Libur.......

Sibuk dengan jadual kerja yg padat kesempatan bercuti baru2 ni tidak aku lepaskan. sebenarnya seronok dpt bercuti sekali...family Ibu(Alang bahasakan diri dia dgn anak2 aku, Ibu) pun ikut sama. Diaorg ni memang suka berjalan..time cuti sekolah pulak tu..kakak aku yg satu ni memang murah rezeki dia, ada je...kali ni pegi dekat2 je di Colmar
Tropicale Bukit Tinggi Bentong boleh tahan jugak la kami menginap di family room ada dua bilik satu kat atas mcm loteng dan satu lagi dibawah, ruangnya cukup luas puas hati betul...Suhu sejuk betul, tak kalah dengan Cameron, suasananya tenang dan damai mcm di desa terpencil di Perancis....dulu masa kecik2 kami adik beradik suka tengok kartun Walt Disney "Beauty & Beast...

lebih kurang mcm tu la pemandangan dalam movie tu...

Mula la aku berangan jadi Belle ni...
Daddy pulak last minit datang habis je kerja pukul 10 mlm terus bertolak dari KL bukan jauh pun 1/2 jam je dah sampai...tu pun seram jugak katanya yela sorang2...Daddy ni masa kecik ada sakit asthma...adake patut tengah2 mlm dia pegi mandi..keluar je dari bathroom dia mengelentar mcm kena sawan...aku pulak tak pernah menhadapi situasi mcm ni panik le..cepat2 aku tarik comferter(nasib baik ada spare, bawak dari rumah) bungkus badan dia. aku ambil vicks si Harraz sapu blakang dan dada dia..nasib baik ok...
Betul2 buat orang gabra.....

Nak try jugak rasa angin malam,dari jendela yang aku buka kelihatan disebalik bukit2 tu kabus memutih sesekali angin dingin bertiup membawa rintik2 hujan....wah..romantik betul masa tu...tapi rosak dengan suara dengkuran mcm tengah berperang dari kamar atas..Ummi dengan Ibu takleh blah....

Pagi yg cerah....

lepas breakfast yang tak berapa best kat cafe hotel tu kami menyusuri jalan utama menuju ke port transit yang akan membawa kami ke Taman Jepun...
Letaknya tidak jauh dari hotel penginapan.Wah..pakcik driver ni adventerous betul bawak lori mcm ribut.. selain taman jepun ada satu lagi taman.Taman herba namanya(aki suka la ni)

(kakak ngan ibu yg tak sempat control ayu....)
Dialiri anak sungai kecil, Taman Jepun ni kelihatan agak menakjubkan juga...yelah ditengah hutan rimba tropika kalau buat cerita Juon versi Malaysia boleh la kot..kat sini...
jika terasa nak merehatkan minda sambil menghayati keindahan alam bolehla datang kesini.....
sedang takjub menikmati keindahan alam kat situ baru kami tersedar yg kami dah tersalah jalan...pusing2 balik kat tempat yg sama kaki dah penat taman botani tak jumpa jugak sebenarnya dekat situ2 jugak tapi disebabkan masing2 dah penat dengan keadaan tangga yg licin selepas hujan kami malas nak teruskan berjalan........so kami ambil keputusan untuk kembali ke hotel aje, lepak sambil tunggu check out.....
lain kali la kata ummi...(kata dah biasa pegi, salah jalan jugak). Gambar kat atas tu berlakon je mcmla x biasa tengok ikan koi.
wahh....puas hati Harraz...dia tak penatla sebab kena dukung...
tangga ni menuju ke kolam tempat angsa berenang.....



building belakang tu mcm istana kota tu hotel jugak The Chateau namanya belum pun oppening lagi..esok2 dah bukak boleh menginap kat sini pulak....


Damainya angsa ni berenang....sesekor...
Angsa ni kaki dia cedera......Teringat aku masa kecik2 kat Raub, belakang rumah kami ada sebuah kolam semulajadi tak de la besar sangat tapi boleh tahan dalamnya..di kolam tu abah bela ikan air tawar paling banyak ikan sembilang la...ada jugak kami bela itik...dalam banyak itik tu ada sekor yg takde kaki...sebab kena makan dgn labi2 dlm kolam tu...tak tau la aku kalau dlm kolam ni pun diaorg ternak labi2. So percutian yg agak menarik....dapat jugak lepaskan tension atleast tengok Harraz happy, nak tunggu Rania pandai jalan ......macam mana la pulak keletah dia nanti......

Aku ingat next time boleh datang lagi ke sini......tengok la..budget cukup nanti....ok dahhh......




























































































Khamis, 13 November 2008

majlis bercukur jambul rania haqiqi

dah masuk lima bulan baru mummy sibuk2 nak cukur jambul adik....

tak sempat nak cari kelapa muda isi dalam mangkuk ais krim dah la....

kawan2 nenek dari flat Impian Baiduri....suara nenek kat tengah tu fuyoo punya la power tak payah pakai spiker...


Aki kata rambut adik tak de...tabur je la bunga rampai ni bebanyak sikit.....

ummi nanti letak angpau dlm bakul adik ni tau....

sedap ke...?kami masak sendiri tau....

kita kawankan.....harraz n aqiff
terima kasih kerna sudi hadir majlis saya....
























































































































































































































Isnin, 29 September 2008

Ramadhan yang berlalu

Seawal Ramadhan dahulu berkira2 untuk tiap saat menitip khabar disini tapi akhirnya tuntutan waktu bagai sentiasa iri dengan berbagai agenda..

Hari2 terakhir ramadhan ini mengundang pelbagai perasaan dalam diri..disana Uwan pastinya kepenatan menguruskan persiapan lebaran nanti atau juga letih mengejar anak2 cucu yg dikirim awal oleh ibu dan ayah yg senantiasa sibuk bekerja...Aki mungkin saat ini sedang menyusuri denai hutan dibelakang, mencari batang2 buluh untuk dibuat lemang...
Apakhabar Harraz disana pasti dia seronok dengan suasana barunya...pasti tertanya mengapa ramai sangat orang dirumah besar ni....
Semalam kerumah Nenek berteman sitembam Rania....sayu pula tika mendengar khabar dari Nenek ada saudara dekat yg baru kembali menyambut panggilan ilahi, tika menziarahi jenazah baru tersedar ada yg sudah lama tak bertemu....moga lembaran nanti sudi2lah jemput kerumah kembali kita eratkan silaturahim sesama saudara....
Sebenarnya terkilan jua rasa hati...3 tahun tak dapat berhari raya pertama bersama Aki dan Uwan, tak dapat berkumpul bersama abang,kakak dan adik bersalaman selepas bersolat raya..bila pulang semua sudah kembali kerumah mertua masing2...tapi sudah suratannya begitu Daddy satu2nya anak lelaki nenek..tempat Nenek bergantung harap selepas arwah Atuk pergi....

Tak patut pula rasanya mementingkan diri macam tu...ini mungkin bukan satu pengorbanan yg paling besar sebenarnya...atau juga dengan cara ini diri dapat mengembirakan insan lain.

Tahun ini pasti lebih seronok dengan kehadiran Rania Haqiqi, sicomel seusia 4 bulan yang semakin tembam..Apa yg pasti Harraz tentu lebih bahagia dengan dua pasang baju melayu baru yg disiapkan Ibu dengan sebiji songkok yang dibelikan Ummi....wah...bergayanya dia.
Moga lembaran ini akan terus memberi kebahagiaan pada kami sekeluarga aminnn......