Hari2 terakhir ramadhan ini mengundang pelbagai perasaan dalam diri..disana Uwan pastinya kepenatan menguruskan persiapan lebaran nanti atau juga letih mengejar anak2 cucu yg dikirim awal oleh ibu dan ayah yg senantiasa sibuk bekerja...Aki mungkin saat ini sedang menyusuri denai hutan dibelakang, mencari batang2 buluh untuk dibuat lemang...
Apakhabar Harraz disana pasti dia seronok dengan suasana barunya...pasti tertanya mengapa ramai sangat orang dirumah besar ni....
Semalam kerumah Nenek berteman sitembam Rania....sayu pula tika mendengar khabar dari Nenek ada saudara dekat yg baru kembali menyambut panggilan ilahi, tika menziarahi jenazah baru tersedar ada yg sudah lama tak bertemu....moga lembaran nanti sudi2lah jemput kerumah kembali kita eratkan silaturahim sesama saudara....
Sebenarnya terkilan jua rasa hati...3 tahun tak dapat berhari raya pertama bersama Aki dan Uwan, tak dapat berkumpul bersama abang,kakak dan adik bersalaman selepas bersolat raya..bila pulang semua sudah kembali kerumah mertua masing2...tapi sudah suratannya begitu Daddy satu2nya anak lelaki nenek..tempat Nenek bergantung harap selepas arwah Atuk pergi....
Tak patut pula rasanya mementingkan diri macam tu...ini mungkin bukan satu pengorbanan yg paling besar sebenarnya...atau juga dengan cara ini diri dapat mengembirakan insan lain.
Tahun ini pasti lebih seronok dengan kehadiran Rania Haqiqi, sicomel seusia 4 bulan yang semakin tembam..Apa yg pasti Harraz tentu lebih bahagia dengan dua pasang baju melayu baru yg disiapkan Ibu dengan sebiji songkok yang dibelikan Ummi....wah...bergayanya dia.
Moga lembaran ini akan terus memberi kebahagiaan pada kami sekeluarga aminnn......
1 ulasan:
Salam berbalas kunjung..
Tak update lagi ke :)
Catat Ulasan