Jumaat, 22 Ogos 2008

Cucu Uwan...

Dearz...
Akhir2 ni cuaca agak tak menentu semalam hujan lebat..hari ni mendung...Harraz dah dua hari mengamuk nak main ditaman permainan sambil kakinya geram menyepak angin dan mulutnya romeh berkata sesuatu dalam bahasanya sendiri...aku tahu dia mahu mengajak ke sana...tapi sementelaah baru pulang dari kerja penat rasa badan membuatkan aku tak mengendahkanya...esok kita ke Ikano ye kata ku memujuk...boleh main puas2 disana...Harraz diam sambil berlalu mengheret kain tuala Daddy yang bertompok dengan tumpahan air susu.
Aku sedar semakin membesar Harraz, semakin menuntut masa dan tenaga bagi aku untuk sentiasa ada waktu yang perlu diluangkan dengannya...kadang kala pulang lewat dari kerja kelibatnya menanti aku pulang di depan pintu rumah betul2 mebuatkan hati kecil ini tersentuh...
Semalam mak telefon bertanyakan cucunya yang satu ini...bila dapat aku titipkan Harraz ke kampung, Akinya rindu benar pada Harraz..tiada jawapan yang mampu aku beri pada mak. Daddy, kadang2 tak mengerti baginya anak2 harus sentiasa ada depan matanya..tapi dia sendiri tak pernah ada kelapangan untuk berehat dirumah. Kesibukan kerja membataskan waktu untuk anak2...bagi aku apa salahnya kalau seminggu sekali Harraz dititipkan pada Uwannya disana sekurang2nya dia tak terlalu bosan dan terasa diketepikan...Lagi beberapa hari lagi Ramadhan akan mejelma mungkin patut jugak aku lepaskan Harraz kesana, Uwan kata nak ajar si Harraz mengaji,baru2 ni dia minta dibelikan songkok...sesekali terlihat azan di tv dia akan bangun berdiri mengajuk seolah2 sedang mengalunkan azan........kata Daddy.."PANDAINYA..."

Tiada ulasan: