Tropicale Bukit Tinggi Bentong boleh tahan jugak la kami menginap di family room ada dua bilik satu kat atas mcm loteng dan satu lagi dibawah, ruangnya cukup luas puas hati betul...Suhu sejuk betul, tak kalah dengan Cameron, suasananya tenang dan damai mcm di desa terpencil di Perancis....dulu masa kecik2 kami adik beradik suka tengok kartun Walt Disney "Beauty & Beast...
lebih kurang mcm tu la pemandangan dalam movie tu...
Daddy pulak last minit datang habis je kerja pukul 10 mlm terus bertolak dari KL bukan jauh pun 1/2 jam je dah sampai...tu pun seram jugak katanya yela sorang2...Daddy ni masa kecik ada sakit asthma...adake patut tengah2 mlm dia pegi mandi..keluar je dari bathroom dia mengelentar mcm kena sawan...aku pulak tak pernah menhadapi situasi mcm ni panik le..cepat2 aku tarik comferter(nasib baik ada spare, bawak dari rumah) bungkus badan dia. aku ambil vicks si Harraz sapu blakang dan dada dia..nasib baik ok...
Betul2 buat orang gabra.....
Nak try jugak rasa angin malam,dari jendela yang aku buka kelihatan disebalik bukit2 tu kabus memutih sesekali angin dingin bertiup membawa rintik2 hujan....wah..romantik betul masa tu...tapi rosak dengan suara dengkuran mcm tengah berperang dari kamar atas..Ummi dengan Ibu takleh blah.... 
Pagi yg cerah....
lepas breakfast yang tak berapa best kat cafe hotel tu kami menyusuri jalan utama menuju ke port transit yang akan membawa kami ke Taman Jepun...
Letaknya tidak jauh dari hotel penginapan.Wah..pakcik driver ni adventerous betul bawak lori mcm ribut.. selain taman jepun ada satu lagi taman.Taman herba namanya(aki suka la ni)
(kakak ngan ibu yg tak sempat control ayu....)
Dialiri anak sungai kecil, Taman Jepun ni kelihatan agak menakjubkan juga...yelah ditengah hutan rimba tropika kalau buat cerita Juon versi Malaysia boleh la kot..kat sini...
Dialiri anak sungai kecil, Taman Jepun ni kelihatan agak menakjubkan juga...yelah ditengah hutan rimba tropika kalau buat cerita Juon versi Malaysia boleh la kot..kat sini...
sedang takjub menikmati keindahan alam kat situ baru kami tersedar yg kami dah tersalah jalan...pusing2 balik kat tempat yg sama kaki dah penat taman botani tak jumpa jugak sebenarnya dekat situ2 jugak tapi disebabkan masing2 dah penat dengan keadaan tangga yg licin selepas hujan kami malas nak teruskan berjalan........so kami ambil keputusan untuk kembali ke hotel aje, lepak sambil tunggu check out.....
lain kali la kata ummi...(kata dah biasa pegi, salah jalan jugak). Gambar kat atas tu berlakon je mcmla x biasa tengok ikan koi.
wahh....puas hati Harraz...dia tak penatla sebab kena dukung...
tangga ni menuju ke kolam tempat angsa berenang.....
building belakang tu mcm istana kota tu hotel jugak The Chateau namanya belum pun oppening lagi..esok2 dah bukak boleh menginap kat sini pulak....
Damainya angsa ni berenang....sesekor...
Angsa ni kaki dia cedera......Teringat aku masa kecik2 kat Raub, belakang rumah kami ada sebuah kolam semulajadi tak de la besar sangat tapi boleh tahan dalamnya..di kolam tu abah bela ikan air tawar paling banyak ikan sembilang la...ada jugak kami bela itik...dalam banyak itik tu ada sekor yg takde kaki...sebab kena makan dgn labi2 dlm kolam tu...tak tau la aku kalau dlm kolam ni pun diaorg ternak labi2. So percutian yg agak menarik....dapat jugak lepaskan tension atleast tengok Harraz happy, nak tunggu Rania pandai jalan ......macam mana la pulak keletah dia nanti......